AMPUTASI ialah suatu keadaan di mana sebahagian atau keseluruhan anggota unjuran (limb) seperti kaki atau tangan hilang sama ada akibat masalah kongenital, trauma atau pembedahan. Manakala istilah amputi ialah seseorang yang telah melalui proses amputasi (pemotongan).
Amputasi selalunya adalah pilihan terakhir yang disarankan oleh doktor bagi merawat keadaan yang tertentu. Ianya jarang mendapat reaksi yang positif dari pesakit.
Biasanya, kaedah amputasi ini disarankan sebagai langkah untuk menyelamatkan nyawa seseorang pesakit sekiranya cara-cara lain sudah tidak berkesan.
Umpamanya akibat dari penyakit barah tulang, jangkitan kuman yang teruk dan kesan dari trauma di mana sesuatu bahagian kaki atau tangan itu sudah tidak dapat diselamatkan lagi.
Di Malaysia, majoriti kes-kes amputasi kaki adalah komplikasi dari penyakit kencing manis (diabetes). Sumber di Hospital Universiti Sains Malaysia menunjukkan lebih kurang 44 peratus dari pesakit terbabit adalah dari kalangan pengidap kencing manis.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0412&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_05.htm#ixzz37syWcFo3
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment